Monday, July 11, 2011
Sekolah ini diasaskan oleh Datuk Penghulu Mk. Padang Temak, En Buhanuddin bin Saad, Datuk Panglima, En, Said bin Lebai Mohamad dan Ketua-ketua Kampung.
Pada mulanya, dalam tahun 1949 sekolah ini dibangunkan dengan muafakat orang-orang kampung yang dahagakan pelajaran dan mahu melihat anak-anak mereka menjadi orang yang berguna dalam masyarakat dan negara. Namun demikian, sekolah ini roboh begitu sahaja kerana kurang sambutan disebabkan tidak ramai murid dan sukar untuk mendapatkan tenaga pengajar (guru). Pada tahun 1953, sekolah ini sekali lagi cuba dibangunkan semula tetapi masih gagal.
Pada tahun 1960, sekolah ini sekali lagi cuba dibangunkan. Sebuah Jawatankuasa Kerja telah dibentuk dengan keahliannya seramai 9 orang, terdiri daripada wakil setiap kampung seorang ahli dan setiausahanya ialah En. Mehat bin Awang Ahmad. Namun demikian, usaha tersebut masih gagal disebabkan sukar untuk mendapatkan guru dan ketidaksanggupan orang-orang kampung menggajikan mereka.
Pada Tahun 1961, bangunan yang dibangunkan pada tahun 1960 itu telah mendapat perhatian Yang Berhormat Datin Fatimah bt. Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Padang Terap dan Pegawai Daerah Padang Terap, En Harun bin Hj. Hamzah dan Guru Pelawat, Tuan Hj. Ahmad bin Awang. Mereka telah berusaha untuk menarik perhatian daripada pihak kerajaan. Pada Pertengahan Tahun 1961, apabila Rancangan Pembangunan Luar Bandar diwujudkan, mereka telah berikhtiar supaya rancangan pembinaan sekolah di Kg. Nai Teh ini dimasukkan ke dalam program Rancangan Pembangunan Luar Bandar Daerah.
Pada bulan Ogos 1961, En. Mustaffa bin Rajis, Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Kedah bersama-sama dengan Guru Pelawat, Tn. Hj. Ahmad bin Awang telah hadir bagi melihat sendiri bangunan sekolah sementera yang telah didirikan tersebut. Ahli Jawatankuasa Kerja Pembinaan Sekolah telah dinasihati supaya lanatai sekolah disimen.
Pada 1/9/1961, usaha ini telah mendapat perhatian dan sekolah ini mendapat bantuan penuh daripada pihak kerajaan. En. Abd. Karim bin Shafie telah dilantik sebagai Guru Besar pertama dan beliau sendiri adalah guru ditugaskan untuk mengajar di sekolah ini. Murid-muridnya pada ketika itu seramai 41 orang lelaki dan perempuan. Pada bulan Oktober 1961, satu perjumpaan telah diadakan bagi tujuan menubuhkan Jemaah Lembaga Pengurus/Pengelola sekolah yang terdiri daripada 3 orang wakil ibu bapa di kampung ini.
Pada awal Tahun 1962, seorang lagi guru, En. Md. Rejab bin Said telah dihantar ke sekolah ini oleh Pejabat Pelajaran Negeri Kedah. Kemudian, pada 1/9/1962 seorang lagi guru, Pn. Fatimah bt. Abd. Salim telah dihantar ke sekolah ini.
Pada bulan September, sebuah bangunan baru telah didirikan di bawah Program Rancangan Pembangunan Luar Bandar. Pada awal Tahun 1963, bangunan baru Sekolah Nai Teh telah siap dibina dan murid-murid memulakan persekolahan mereka di bangunan baru ini. Pada ketika itu, sekolah ini telah mendapat tambahan 2 orang lagi guru sementara dan menjadi semuanya seramai 5 orang.
Catatan:
i. Catatan sejarah sekolah ini ditulis oleh En. Abdul Karim bin Shafie, Guru Besar Pertama,
bertarikh 1 Mac 1963.
Saturday, July 9, 2011
Bagaimana melahirkan anak soleh?
Anak-anak kita adalah simpanan berharga
untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita. Sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud); “Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?
“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar” (Surah al-Anfal, ayat 27-28)
Apa makna anak soleh?
Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara otomatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.
Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?
Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.
“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”. (al-Anfal: 24)
10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh
- Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
- Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain 3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita?
- Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
- Selalu membaca al-Quran di rumah
- Membiasakan solat-solat sunat di rumah
- Hidupkan budaya memberi salam
- Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
- Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
- Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
- Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
- Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
- Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
- Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
Insya-Allah dengan melaksanakan langkah-langkah tersebut dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah, akan lahirlah di dalam keluarga kita anak-anak soleh yang bukan sahaja dikasihi Allah, tetapi juga menyejukkan mata kita dan menyenangkan masyarakat.
Guru-guru Bahasa Malaysia yang mengajar di sekolah-sekolah rendah kebanyakannya bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini menyamai dan disokong oleh beberapa kajian terdahulu tentang sikap guru terhadap penggunaan ICT sama ada dalam pengajaran Bahasa Malaysia ataupun mata pelajaran lain. Antara kajian penyelidikan yang telah dijalankan terhadap guru Bahasa Malaysia adalah seperti kajian Hamzah (2003), Mohd. Khairuddin (2005), Suwarnee (2006), Nor'aini (2007), dan Fairose (2007). Hasil kajian ini turut mendapat sokongan daripada penyelidikan dalam mata pelajaran lain, termasuk kajian Abdul Malek (2002) yang meninjau terhadap penggunaan ICT dalam mata pelajaran aliran kemanusiaan dan aliran teknik dan vokasional, manakala kajian M. Nadarajah (2002) melihat kepada penggunaan ICT bagi mata pelajaran Ekonomi, sementara Mohd. Jasmy, Mohd. Arif, dan Norsiati (2003) telah melakukan kajian ke atas mata pelajaran Sains dan Matematik. Dalam pada itu, kajian-kajian juga pernah dilakukan ke atas oleh guru-guru terhadap penggunaan ICT secara umum tanpa memfokuskan mata pelajaran yang tertentu seperti kajian Roslina (1999) dan Abdul Manan (2005). Hasil kajian tersebut juga mendapati guru-guru mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran mereka. Suwarnee (2006) telah juga melihat kesediaan guru-guru terhadap penggunaan ICT. Hasil kajiannya mendapati sikap guru Bahasa Malaysia terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 3.94. Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa guru Bahasa Malaysia bersikap positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
Hasil analisis ujian ke atas sikap guru BM yang pernah menghadiri kursus ICT dengan guru BM tidak pernah menghadiri kursus ICT telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek sikap guru-guru BM terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru BM yang pernah menghadiri kursus ICT lebih bersikap positif dan bersedia menggunakan ICT dalam pengajaran mereka berbanding dengan guru-guru yang tidak pernah menghadiri kursus ICT kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan serta kemahiran untuk mengendalikan komputer dan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran.
Berdasarkan dapatan kajian ini dapat menjelaskan bahawa guru-guru BM yang tidak pernah menghadiri kursus ICT mempunyai sikap negatif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Dapatan kajian ini disokong oleh hasil kajian Zulkifli dan Raja Maznah (1994), mendapati guru-guru yang tidak mempunyai pengalaman dengan komputer kebiasaannya mempunyai sikap yang negatif dan tahap kebimbangan yang tinggi terhadap komputer. Ini sejajar dengan pendapat Summer (1990) dalam Christensen (1997) bahawa satu daripada sebab utama guru bersikap negatif terhadap komputer disebabkan kurangnya pengetahuan dan pengalaman dalam bidang berkenaan. Begitu juga dengan dapatan kajian oleh Russel dan Bradley (1997) dalam Alexandra et al. (2006) melaporkan bahawa ramai guru yang tidak menggunakan komputer disebabkan mereka kekurangan keyakinan diri ataupun berasa takut akan komputer. Selain itu, kajian Becker dan Watt (1996) mendapati kewujudan sikap negatif guru disebabkan oleh guru telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar untuk membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional. Kajian Becker dan Watt (1996) telah disokong oleh Norin (2004) yang menyatakan kebanyakan guru yang berpengalaman telah mempunyai mind-set tentang kaedah pengajaran yang disukai mereka. Kajian ini turut disokong oleh Padraig & Mark (2007)yang mendapati bahawa terdapat 35% - 40% guru sekolah menengah mengakui mereka langsung tidak pernah menggunakan komputer sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah.
Justeru, guru-guru Bahasa Malaysia yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus ICT harus didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT melalui kursus-kursus ICT yang ditawarkan. Ini sejajar dengan pendapat Ahmad Fuad (2003) bahawa hasrat untuk mencapai penggunaan ICT secara menyeluruh dalam proses P&P memerlukan dua jenis perubahan dalam kalangan guru. Pertama, guru harus diyakinkan bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan ICT dalam P&P. Kedua, guru perlu diberikan kemahiran yang mencukupi untuk menggunakan peralatan ICT secara cekap dan efektif. Dalam pada itu, Albion (1999) menyarankan bahawa satu cara yang ideal untuk meningkatkan efikasi guru terhadap penggunaan ICT adalah dengan menyediakan latihan kemahiran ICT kerana latihan ini berupaya meningkatkan efikasi guru.
KESIMPULAN
Secara keseluruhan, didapati guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, hasil kajian menunjukkan guru-guru Bahasa Malaysia mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sederhana terhadap penggunaan ICT. Guru-guru mempunyai sikap yang sederhana dalam usaha menggunakan ICT ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Sikap yang sedemikian agak membimbangkan kerana bahan-bahan pembelajaran bahasa lebih mudah diperolehi daripada sumber yang berteraskan ICT. Perkara yang sedemikian ada kaitannya pendedahan kepada guru Bahasa Malaysia terhadap ICT. Lanjutan daripada isu tersebut menyebabkan juga keyakinan guru-guru Bahasa Malaysia untuk menggunakan ICT dalam pengajaran adalah sederhana. Justeru, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan pihak berwajib harus berganding bahu untuk menangani masalah tersebut kerana sekiranya sebarang tindakan dan langkah yang sewajarnya tidak diambil, maka berkemungkinan guru-guru kita akan terus dihanyut dan ditinggalkan oleh ilmu ICT, khususnya aspek pengetahuan dan kemahiran penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai langkah bijak, kumpulan guru yang kekurangan pengetahuan dan kemahiran tentang ICT harus dipantau dan dikenal pasti dengan kadar segera supaya dapat diberi kursus atau latihan ICT. Kedudukan sekolah di pedalaman seharusnya diberikan perhatian yang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam masa yang sama, guru-guru Bahasa Malaysia harus mengambil inisiatif sendiri untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT supaya dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran. Justeru, pengajaran secara tradisional yang berteraskan "chalk and talk" perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah pengajaran baharu.
http://www.smk-majakir.net/modules/news/Jurnal%20Munsyi/Noor%20Aainah.pdf
Diharapkan artikel ini dapat memberi panduan berguna kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu.
Diharapkan artikel ini dapat memberi panduan berguna kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
AKHBAR HARI INI
Selamat Datang
Masa Itu Emas
Blog Archive
-
▼
2011
(19)
-
▼
July
(12)
- RAHSIA UNTUK MENJADI IBU BAPA YANG SEMPURNA
- JIKA INGIN BERJAYA
- SIFAT-SIFAT ORANG BERJAYA DALAM KEHIDUPAN
- SINOPSIS PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA
- Unit Beruniform Sek. Keb. Toh Puan Sharifah Hanifah
- Sejarah Sek. Keb. Toh Puan Sharifah Hanifah
- CARA-CARA PENGGUNAAN KOMPUTER YANG BETUL
- Melahirkan Anak Yang Soleh Dalam Islam
- Sikap Guru Bahasa Malaysia Terhadap Penggunaan Tek...
- Kata-kata Mutiara Hati
- Aktiviti Sepanjang Bulan 7
- Artikel Menulis Karangan
-
▼
July
(12)
Powered by Blogger.










