Thursday, July 14, 2011

Ibu bapa adalah faktor terbesar dalam menentukan hala tuju anak-anak. Beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh dijadikan panduan dalam menjadikan anak-anak antara yang terbaik berbanding rakan sebayanya yang lain!
 
1. Mulakan hidup anak-anak dengan panggilan yang baik apabila anak-anak diberi nama dan panggilan yang baik,secara tidak langsung ia turut mempengaruhi dan memberi kesan yang baik dalam perwatakan dan kelakuan anak-anak. Nama yang baik juga turut dituntut dalam Islam. 

2. Berikan anak-anak pelukan setiap hari – terdapat kajian yang menyatakan bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk. Apabila anak-anak dipeluk,mereka akan sedar bahawa ibu bapa sayangkannya. Anak-anak juga akan tahu bahawa ibu bapa sentiasa menjadi penyokong mereka. 

3. Pandanglah anak-anak dengan penuh kasih sayang – pandangan ini akan membuatkan anak-anak berasa lebih yakin kepada diri sendiri apabila berhadapan dengan persekitaran. Marah itu memang perlu supaya anak-anak tahu mana yang salah dan mana yang betul,namun kawallah marah,janganlah pula sehingga anak-anak menjauhkan diri dan berasa takut. 

4. Berikan penghargaan di atas setiap kebaikan – tidak semestinya hanya dengan pemberian hadiah,malah senyuman,pujian dan pelukan sudah cukup untuk membuat diri anak-anak terasa dihargai. Sekurang-kurangnya dengan penghargaan ini dapat dijadikan sebagai satu motivasi bagi anak-anak untuk melakukan lagi dan melakukan yang terbaik. 

5. Jangan mengharap lebih daripada apa yang anak-anak mampu lakukan – sedarlah bahawa anak-anak masih dalam proses perkembangan dan janganlah mengharapkan anak-anak akan berbuat sesuatu kebaikan secara berterusan kerana melakukan kesilapan merupakan proses untuk anak-anak belajar. 

6. Antara masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga - utamakan keluarga kerana apabila adanya masalah,selesaikan masalah keluarga terlebih dahulu. Seseorang hanya akan tenang apabila tiada masalah keluarga. Anak-anak tetap diutamakan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu tanpa kembali lagi.Ibu bapa tidak seharusnya bersikap mementingkan diri bagi menjaga keperibadian yang baik untuk dijadikan role model bagi anak-anak 

7. Jangan mengeluh dalam mendidik dan membesarkan anak-anak – ini bagi mengelakkan anak-anak merasa diri mereka sebagai beban terhadap ibu bapa. Ini juga supaya anak-anak tidak berasa jauh dan sunyi dari ibu bapa. 

8. Dengar cerita anak-anak – tidak dinafikan anak-anak memang suka bercerita. Dengarlah cerita mereka kerana sedarlah bahawa ibu bapa tidak akan dapat mendengar cerita itu lagi pada masa akan datang. Melayan anak-anak bercakap dan bercerita merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan.Ianya juga hiburan yang takkan dapat dibeli.

9. Tenangkan anak-anak setiap kali mereka memerlukannya - ada masanya anak-anak akan berasa sedih di atas banyak perkara.Bergaduh dengan kawan sekelas,tercederakan anak jiran.Pada masa inilah ibu bapa membantu menyelesaikan masalah anak-anak supaya mereka tidak merasa keseorangan. Ibu bapa perlu membantu kerana walaupun masalahnya kecil,namun bagi anak-anak masalahnya sangat besar. 

10. Tunjukkan kepada anak-anak cara untuk menenangkan diri – setiap masalah ada jalan penyelesainya. Ibu bapa seharusnya bersikap tenang apabila berhadapan dengan sebarang masalah untuk menjadi ikutan kepada anak-anak dan tidak bersikap tidak tentu arah. 

11. Buat persediaan menyambut hari jadinya – tidak semestinya dengan menyambut secaran besar-besaran,sudah memadai dengan menyediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuat anak-anak belajar menghargai. Anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan mampu untuk belajar menghargai orang lain.

12. Mengajar anak-anak lebih dari sekali – ada sesetengah anak-anak yang perlu diajar secara berkali-kali barulah mereka dapat memahami sesuatu dengan baik. Jadi,jangan marah terhadap mereka apabila bertanyakan tentang sesuatu hal yang sama berulang kali. Ini bagi mengelakkan proses pembelajaran anak-anak terbantut. 

13. Luangkan masa bersama anak-anak – ini bukan sahaja terhad di dalam rumah,malah turut meluangkan masa di luar.Sama ada bersiar-siar ataupun berkelah di hujung minggu. Peganglah tangan anak-anak apabila berjalan bersama. Anak-anak akan merasa kepentingan diri mereka dalam hidup ibu bapa. Memimpin tangan anak-anak tidak terbatas semasa di luar rumah sahaja,malah apabila anak-anak bangun tidur,ke meja makan, malah ke dapur untuk membancuh susu mereka. 

14. Dengar mimpi ngeri anak-anak – mimpi ngeri akan menjadi begitu realistik dalam dunia mereka walaupun itu hanyalah sekadar mimpi. Tidak ada salahnya mendengar cerita mimpi ngeri anak-anak kerana ianya diceritakan secara langsung,tiada skrip,tiada pengarah dan tiada siaran ulang tayang. 

15. Hargai permainan kesayangan anak-anak – apabila permainan kesayangan mereka dihargai,dalam masa yang sama juga anak-anak akan menghargai barang-barang kesayangan ibu bapa. Walaupun sudah rosak,elakkan daripada membuang permainan kesayangan anak-anak. Mintalah kebenaran daripada mereka terlebih dahulu. 

16. Berikan ciuman selamat malam – jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman selamat malam. Biasakan anak-anak dengan salam sebelum masuk tidur. Selimutkan,dan cium dahinya apabila mereka sudah lena. 

17. Terimalah hakikat kadangkala ibu bapa tidak sempurna – bagi mengelakkan stress,jangan terlalu berfikir untuk menjadi ibu bapa yang sempurna dari semua aspek. Apabila terdengar anak-anak berkata ‘papa ni garanglah’. Itu teguran sebenarnya. Jadi,tidak salah untuk berubah demi kepentingan anak-anak dan bagi mngelakkan anak-anak berasa rendah diri kerana merasakan ibu bapa terlalu sempurna. 

18. Jangan membawa bebanan kerja ke rumah - apabila ini berlaku,anak-anak akan menganggap bahawa kerja lebih penting daripada keluarga. Utamakanlah keluarga ketika berada di rumah. Ibu bapa juga boleh membantu untuk menyiapkan kerja sekolah anak-anak ataupun memberi latihan di rumah. 

19. Anak-anak menangis – menangis merupakan cara anak-anak untuk melegakan keresahan mereka dan kadangkala untuk mendapatkan perhatian. Walauapapun sebabnya,dengarilah tangisan mereka supaya mereka tidak menjauhkan diri dari ibu bapa di kemudian hari.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan – seperti ibu bapa,anak-anak juga mempunyai perasaan.Hargailah perasaan anak-anak supaya anak-anak juga menghargai perasaan ibu bapa. 


- Berdoalah agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan dan sebagai penenang hati di dunia & di akhirat kelak -


Jangan berpuashati dengan keadaan baik yang ada pada anda sekarang melainkan anda telah berusaha keras untuk menjadikan yang baik itu menjadi lebih baik. Teruskan belajar untuk memperbaiki hidup agar matlamat ini tercapai. Belajar tidak semestinya melalui sekolah formal atau buku-buku mahal. Kita boleh belajar dan terus belajar melalui pengalaman hidup kita sehari-harian atau melalui pengalaman orang lain. Bak kata pepatah, belajarlah daripada kesalahan-kesalahan orang lain kerana anda tidak akan hidup lama untuk melakukan kesalahan-kesalahan itu sendirian. Apa yang saya ingin kongsi di sini ialah hasil tulisan seorang penulis yang saya kira sangat baik untuk dikongsi bersama. Tulisan beliau ini berkisar tentang nasihat dalam surat kuno yang ditulis oleh Zhuge Liang (181 m-234 m) kepada anaknya. Menurut analisa penulis dari surat kuno tersebut, berikut adalah sikap-sikap yang menguatkan hidup seseorang manusia:-

1. Tenang - Sikap tenang boleh menjernihkan fikiran dan membulatkan tindakan yang lebih tepat. Berbanding dengan orang yang tidak tenang fikirannya kusut dan ragu-ragu dalam melakukan sesuatu tindakan.

2. Berhemat - Sikap berhemat menjamin kesinambungan hidup yang lebih teratur berbanding dengan orang yang boros. Orang yang boros selalu ditimbuni hutang atau kesusahan.

3. Pandai Merancang - Orang yang pandai merancang kehidupan akan sentiasa meletakkan perkara penting sebagai keutamaan dalam hidup berbanding dengan orang yang tidak pandai merancang mereka selalu meletakkan perkara remeh sebagai keutamaan.

4. Sentiasa ingin belajar - Kemampuan seseorang manusia bukan berasal dari pembawaannya sejak dilahirkan, tetapi merupakan hasil dari proses pembelajaran yang dilakukannya secara konsisten sejak dari kecil. Oleh sebab itu jangan berhenti belajar sampai bila-bilapun. Di samping itu, dalam proses pembelajaran kita setiap hari kerendahan hati amat membantu kita untuk menyerap dengan mudah semua ilmu pengetahuan yang diinginkan.

5. Suka memberi - Dalam hidup ini kita tidak seharusnya hanya belajar menerima sesuatu dari orang lain. Kita Seharusnya belajar memberi yang terbaik kepada orang lain kerana ini akan membuatkan orang lain lebih menghargai kita.

6. Tidak berlengah - Sifat suka menunda atau melewat-lewatkan sesuatu usaha boleh melambatkan pencapaian sesuatu matlamat. Oleh itu, kita mesti sentiasa cepat bertindak kerana waktu itu adalah amat berharga.

7. Personaliti cemerlang - Perwatakan utuh itu adalah nadi kehormatan dan kegemilangan sesuatu bangsa. Seperti dalam pepatah orang Tionghoa, " Waktu yang diperlukan untuk menanam dan memelihara sebatang pohon adalah 10 tahun, tapi untuk membentuk watak yang utuh untuk sesuatu bangsa memerlukan waktu paling sedikit 100 tahun."

8. Berpandangan jauh - Hal ini juga pernah diucapkan oleh Albert Einstein, "Imagination is everything. It is the preview of life's coming attractions." Imiginasi adalah segalanya.

9. Bersedarhana - "Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out." - Kejayaan adalah hasil dari tindakan-tindakan sederhana yang diulang terus-menerus setiap hari.
Inilah beberapa inti pesan dalam surat-surat Zhuge Liang, yang ditujukan kepada anaknya agar anaknya mampu berfikir, bersikap dan bertindak lebih baik dalam hidup. Kita boleh menyerap pemikirannya untuk menjadi yang terbaik. Insya'allah..


4 Sifat orang yang Berjaya dalam Kehidupan

Sebagai hamba Allah, pastinya kita menginginkan kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat kelak. Kita akan memperolehi semua yang di impikan tersebut andai kata kita sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kita tidak akan tersesat lagi di dunia yang penuh dengan cabaran dan juga godaan ini dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebagai panduan utama dalam hidup. Di sini ana ingin berkongsi sedikit informasi mengenai bagaimana untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ini di dunia dan juga di akhirat. Ada 4 sifat orang yang berjaya dalam hidup. Antaranya ialah:

1. Orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T yakni mempercayai bahawa alam ini adalah ciptaan Allah S.W.T. Yakin bahawa segala nikmat yang diperolehi adalah datang daripadaNya. Untuk beriman kepada Allah S.W.T, kita sebagai hambaNya hendaklah mengenal Allah. Ada beberapa cara untuk mengenal Allah S.W.T, antaranya ialah Allah S.W.T tidak sama dengan segala mahkluk yang ada di alam ini.Ilmu yang berkaitan dengan mengenal Allah ini dipanggil Ilmu Makrifatullah.

2. Orang yang melakukan amalan yang baik. Kita hendaklah memikirkan samada sesuatu perbuatan yang dilakukan itu bertentangan dengan syariat islam ataupun tidak, jika bertentangan segeralah kita menjauhi perbuatan tersebut. Baik ataupun jahat perbuatan itu dipanggil amalan. Yang membezakannya adalah amalan yang baik ataupun jahat.

3. Orang yang mengajak orang lain berbuat kebaikan. Yakni seperti mengajak orang lain mendengar kuliah dan ceramah agama, mengajak untuk pergi menunaikan solat di masjid dan sebagainya. Perkara kebaikan ini selalunya tidak berlaga dengan nafsu ataupun tidak serasi dengan nafsu.Jadi untuk melakukan perkara kebaikan kita hendaklah kuat melawan nafsu.

4. Orang yang bersabar dalam melakukan perkara kebaikan. Jika kita mengajak seseorang itu melakukan kebaikan pastinya kita perlukan kesabaran. Jadi banyakkanlah bersabar supaya kita sentiasa berada di kalangan orang-orang yang beriman. Diantara perkara yang memerlukan kesabaran adalah sabar dalam mencegah kemaksiatan dan kemungkaran dan juga sabar dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T.

Jadi, marilah sama-sama kita mengamalkan 4 sifat yang disebutkan supaya kita sentiasa tergolong di kalangan orang-orang yang berjaya di sisi Allah S.W.T dan mendapat rahmat dan keberkatan di dunia dan akhirat.

Sumber daripada Kuliah Ustaz Shamsul Zaman

Wednesday, July 13, 2011
http://Compapplicationinlangandlit.wikispaces.com/file/view/penggunaan%2520Komputer%2520dlm%2520pengajaran%2520bahasa.pdf

           Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kecanggihan teknologi melalui persembahan multimedia bukanlah hanya faktor yang boleh menjadikan proses pembelajaran itu berkesan. Teknologi hanyalah sebagai faktor pemangkin ke arah mempercepatkan proses keberkesanannya. Manakala kemahiran dari aspek pedagogi serta psikologi adalah diperlukan. Justeru, guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. 

             Menurut artikel ini, majoriti guru-guru masih takut untuk menggunakan komputer dalam pengajarannya. Aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran bahasa di sekolah-sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya. Dengan kaedah baru ini, guru-guru bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan modem dan perisian komunikasi.

            Pembelajaran Bahasa berbantu komputer (PBBK) atau computer-Assisted Language Learning(CALL) diperkenalkan pada tahun 1960-an. Penggunaan komputer multimedia dapat meningkatkan minat terhadap mata pelajaran. Selain itu, dapat meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman penguasaan Bahasa Inggeris. Justeru itu, melalui teknologi maklumat dapat membantu guru dalam pengajaran.

Monday, July 11, 2011



Guru-guru nampak segak dan bergaya dengan berpakaian uniform


Pengakap - Buat Sehabis Baik


TKRS - Ilmu, Iman, Amal
Puteri Islam - Berilmu, Beriman, Beramal
Barisan TKRS


Barisan Pengakap

Barisan Puteri Islam

Aktiviti berkawad


Bacaan doa

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah ini diasaskan oleh Datuk Penghulu Mk. Padang Temak, En Buhanuddin bin Saad, Datuk Panglima, En, Said bin Lebai Mohamad dan Ketua-ketua Kampung.

Pada mulanya, dalam tahun 1949 sekolah ini dibangunkan dengan muafakat orang-orang kampung yang dahagakan pelajaran dan mahu melihat anak-anak mereka menjadi orang yang berguna dalam masyarakat dan negara. Namun demikian, sekolah ini roboh begitu sahaja kerana kurang sambutan disebabkan tidak ramai murid dan sukar untuk mendapatkan tenaga pengajar (guru). Pada tahun 1953, sekolah ini sekali lagi cuba dibangunkan semula tetapi masih gagal.

Pada tahun 1960, sekolah ini sekali lagi cuba dibangunkan. Sebuah Jawatankuasa Kerja telah dibentuk dengan keahliannya seramai 9 orang, terdiri daripada wakil setiap kampung seorang ahli dan setiausahanya ialah En. Mehat bin Awang Ahmad. Namun demikian, usaha tersebut masih gagal disebabkan sukar untuk mendapatkan guru dan ketidaksanggupan orang-orang kampung menggajikan mereka.

Pada Tahun 1961, bangunan yang dibangunkan pada tahun 1960 itu telah mendapat perhatian Yang Berhormat Datin Fatimah bt. Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Padang Terap dan Pegawai Daerah Padang Terap, En Harun bin Hj. Hamzah dan Guru Pelawat, Tuan Hj. Ahmad bin Awang.  Mereka telah berusaha untuk menarik perhatian daripada pihak kerajaan. Pada Pertengahan Tahun 1961, apabila Rancangan Pembangunan Luar Bandar diwujudkan, mereka telah berikhtiar supaya rancangan pembinaan sekolah di Kg. Nai Teh ini dimasukkan ke dalam program Rancangan Pembangunan Luar Bandar Daerah.

Pada bulan Ogos 1961, En. Mustaffa bin Rajis, Ketua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Kedah bersama-sama dengan Guru Pelawat, Tn. Hj. Ahmad bin  Awang telah hadir bagi melihat sendiri bangunan sekolah sementera yang telah didirikan tersebut. Ahli Jawatankuasa Kerja Pembinaan Sekolah telah dinasihati supaya lanatai sekolah disimen.

Pada 1/9/1961, usaha ini telah mendapat perhatian dan sekolah ini mendapat bantuan penuh daripada pihak kerajaan. En. Abd. Karim bin Shafie telah dilantik sebagai Guru Besar pertama dan beliau sendiri adalah guru ditugaskan untuk mengajar di sekolah ini. Murid-muridnya pada ketika itu seramai 41 orang lelaki dan perempuan. Pada bulan Oktober 1961, satu perjumpaan telah diadakan bagi tujuan menubuhkan Jemaah Lembaga Pengurus/Pengelola sekolah yang terdiri daripada 3 orang wakil ibu bapa di kampung ini.

Pada awal Tahun 1962, seorang lagi guru, En. Md. Rejab bin Said telah dihantar ke sekolah ini oleh Pejabat Pelajaran Negeri Kedah. Kemudian, pada 1/9/1962 seorang lagi guru, Pn. Fatimah bt. Abd. Salim telah dihantar ke sekolah ini.

Pada bulan September, sebuah bangunan baru telah didirikan di bawah Program Rancangan Pembangunan Luar Bandar. Pada awal Tahun 1963, bangunan baru Sekolah Nai Teh telah siap dibina dan murid-murid memulakan persekolahan mereka di bangunan baru ini. Pada ketika itu, sekolah ini telah mendapat tambahan 2 orang lagi guru sementara dan menjadi semuanya seramai  5 orang.


Catatan:
i.    Catatan sejarah sekolah ini ditulis oleh En. Abdul Karim bin Shafie, Guru Besar Pertama,
      bertarikh 1 Mac 1963.


Sunday, July 10, 2011
Cara-cara menggunakan keybord

Cara-cara menggunakan mouse
Paras kedudukan keybord

Paras mata dengan screen
Cara senaman

Selamat Datang

Masa Itu Emas

Blog Archive

Search

Loading...
Powered by Blogger.

Followers