Wednesday, July 13, 2011
http://Compapplicationinlangandlit.wikispaces.com/file/view/penggunaan%2520Komputer%2520dlm%2520pengajaran%2520bahasa.pdf

           Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Kecanggihan teknologi melalui persembahan multimedia bukanlah hanya faktor yang boleh menjadikan proses pembelajaran itu berkesan. Teknologi hanyalah sebagai faktor pemangkin ke arah mempercepatkan proses keberkesanannya. Manakala kemahiran dari aspek pedagogi serta psikologi adalah diperlukan. Justeru, guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. 

             Menurut artikel ini, majoriti guru-guru masih takut untuk menggunakan komputer dalam pengajarannya. Aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran bahasa di sekolah-sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya. Dengan kaedah baru ini, guru-guru bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan modem dan perisian komunikasi.

            Pembelajaran Bahasa berbantu komputer (PBBK) atau computer-Assisted Language Learning(CALL) diperkenalkan pada tahun 1960-an. Penggunaan komputer multimedia dapat meningkatkan minat terhadap mata pelajaran. Selain itu, dapat meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman penguasaan Bahasa Inggeris. Justeru itu, melalui teknologi maklumat dapat membantu guru dalam pengajaran.

7 comments:

zaleha said...

takut tu memang takut, tetapi kekangan masa juga menyebabakan guru-guru tidak dapat menggunakan ICT sepanjang masa.Kalau nak guna komputer dalm P&P guru perlu buat persiapan awal kalau tidak mengambil masa P&P pula untuk proses penyediaan sj.

RUSNAWATI ABU BAKAR (210248) said...

Betul tu...

MUHAMAD SOBRI B ABDUL RAHIM said...

dah lama dah diperkenalkan tapi ramai yang tak tahu... :)

A'zura s210202 said...

Masalah utama memang kekangan masa... walaupun guru itu mahir dalam menggunaan komputer, tapi disebabkan masalah tersebut, setiap guru harus berfikir dua kali untuk menggunakan komputer di dalam P&Pnya.

Hazrick S210068 said...

Sokong dengan pendapat semua. Masa yang menyebabkan guru berfikir banyak kali untuk menggunakan ICT dalam P&P.

Ku Rushidi said...

Kaedah penggunaan mukin boleh disesuaikan dalam keadaan tertentu. Banyak mengunakan kriativiti, kesabaran dan minat guru dalam ICT.

NORZALINA-s210219 said...

Kepentingan komputer bukan setakat mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja malah semua subjek-subjek lain turut mempraktikannya untuk kepentingan anak didik agar mereka memperolehi ilmu secara cepat dan tepat.

Selamat Datang

Masa Itu Emas

Blog Archive

Powered by Blogger.

Followers