Thursday, July 14, 2011

4 Sifat orang yang Berjaya dalam Kehidupan

Sebagai hamba Allah, pastinya kita menginginkan kehidupan yang penuh dengan kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat kelak. Kita akan memperolehi semua yang di impikan tersebut andai kata kita sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Kita tidak akan tersesat lagi di dunia yang penuh dengan cabaran dan juga godaan ini dengan menjadikan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W sebagai panduan utama dalam hidup. Di sini ana ingin berkongsi sedikit informasi mengenai bagaimana untuk menjadi orang yang berjaya dalam hidup ini di dunia dan juga di akhirat. Ada 4 sifat orang yang berjaya dalam hidup. Antaranya ialah:

1. Orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T yakni mempercayai bahawa alam ini adalah ciptaan Allah S.W.T. Yakin bahawa segala nikmat yang diperolehi adalah datang daripadaNya. Untuk beriman kepada Allah S.W.T, kita sebagai hambaNya hendaklah mengenal Allah. Ada beberapa cara untuk mengenal Allah S.W.T, antaranya ialah Allah S.W.T tidak sama dengan segala mahkluk yang ada di alam ini.Ilmu yang berkaitan dengan mengenal Allah ini dipanggil Ilmu Makrifatullah.

2. Orang yang melakukan amalan yang baik. Kita hendaklah memikirkan samada sesuatu perbuatan yang dilakukan itu bertentangan dengan syariat islam ataupun tidak, jika bertentangan segeralah kita menjauhi perbuatan tersebut. Baik ataupun jahat perbuatan itu dipanggil amalan. Yang membezakannya adalah amalan yang baik ataupun jahat.

3. Orang yang mengajak orang lain berbuat kebaikan. Yakni seperti mengajak orang lain mendengar kuliah dan ceramah agama, mengajak untuk pergi menunaikan solat di masjid dan sebagainya. Perkara kebaikan ini selalunya tidak berlaga dengan nafsu ataupun tidak serasi dengan nafsu.Jadi untuk melakukan perkara kebaikan kita hendaklah kuat melawan nafsu.

4. Orang yang bersabar dalam melakukan perkara kebaikan. Jika kita mengajak seseorang itu melakukan kebaikan pastinya kita perlukan kesabaran. Jadi banyakkanlah bersabar supaya kita sentiasa berada di kalangan orang-orang yang beriman. Diantara perkara yang memerlukan kesabaran adalah sabar dalam mencegah kemaksiatan dan kemungkaran dan juga sabar dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T.

Jadi, marilah sama-sama kita mengamalkan 4 sifat yang disebutkan supaya kita sentiasa tergolong di kalangan orang-orang yang berjaya di sisi Allah S.W.T dan mendapat rahmat dan keberkatan di dunia dan akhirat.

Sumber daripada Kuliah Ustaz Shamsul Zaman

4 comments:

siti rohana 210457 said...

Panduan yang amat berguna

miecarol_143 said...

sangat berguna dan sebagai panduan dalam menjalanai kehidupan seharian.

suryani hafizan said...

saya memang ingin memiliki sifat-sifat itu, moga Allah makbulkan, Amin.

RUSNAWATI ABU BAKAR (210248) said...

InsyaAllah ....moga Allah makbulkan...Amin

Selamat Datang

Masa Itu Emas

Blog Archive

Powered by Blogger.

Followers